Kalau dulu kita selalu diajar bab kepimpinan
Nak nak kalau masa sekolah dulu ko jadi pengawas
Confirm akan ada kursus kepimpinan.
X kisah la sekolah menengah ke, sekolah rendah ke..
Benda ni membawak ke peringkat lagi tinggi sampai ke universiti, kolej, poli dan seangkatan dengannya.
X kira la sijil ke, diploma ke, degree ke..
Sampai la ko kerja..
Akan ada company atau jabatan kerajaan akan buat kursus-kursus macam ni..
Kursus leadership untuk pengurus, ketua bahagian..
Kadang kadang dia x panggil kursus kepimpinan (so budak sekolah!)
Kadang kadang dia panggil team building, excursion dan macam macam lagi la..
Dia x der la direct kepada kepimpinan tapi elemen-elemen kepimpinan tetap diterapkan…
Biasanya dengan lantikan penghulu dan ketua kumpulan..
Time ni la yang best bila nak mengenakan kawan untuk jadi penghulu...
Tapi x best bila kita yang kena jadi penghulu... hahahaha
Kalau ada yang belajar pasal teori kepimpinan ni,
Memang banyak teori pun…
Ada autokratik, demokratik, dan laisezfaire..
Secara dasarnya memang kita dah biasa pasal kepimpinan ni..
Kebiasaan ni sampai kita automatik kat mana mana pun ada ketua,
Sama ada dalam unit kecil, bahagian, cawangan, company, jabatan kerajaan,
Even dalam sukan pun...
So memang akan ada pengarah, boss, director, kapten!
x lupa juga dengan favourite quotes yang define kan leadership…
LEADERS LEADS, NOT DRIVE...
LEADERS INSPIRES, NOT ORDER...
ATTITUDES DEFINE LEADERSHIP..
Dulu aku pernah ada perbincangan serius pasal ni,
dengan sorang member aku
(sekarang dia dah x jadi member dah hahahah)
Masa tu point aku leaders are born not made!
Maksudnya x semua orang orang boleh jadi ketua. Ada sesetengah orang memang dilahirkan untuk jadi ketua..
Itu bakat dia.
Diumpamakan seperti Ronaldinho yang mempunyai bakat dengan bola...
Tutup mata pun dia boleh timbang bola...
(handal x handal?).
Macam tu la kiranya...
Argument aku, ko bagi la dua set team yang sama.
(sama ada dari segi bilangan, umur, latar belakang pendidikan)
Kepada dua orang ketua.
Kedua dua team ni di bagi task yang sama, target yang sama, dan tempoh masa yang sama.
Pastinya akan ada perbezaan.
X kira sama ada cara perlaksanaan atau end produk, x pun masa yang diambil untuk menyelesaikan task tersebut.
Pada kiraan aku ia akan bergantung kepada cara ketua tu mengemudi pasukannya.
Task itu berjaya capai target...
Tapi apa jadi pada team tu?
Adakah semua bekerjasama mencapai target?
Adakah diorang happy masa buat task tu?
dan memang nak ikut arahan ketua.
X pun, task tu tercapai tapi satu team bergaduh all the way!
Atau pun ada superman dalam team tu yang cover semua kerja untuk settle kan task tu..
Point aku bukan pada nak tgk task tu tercapai ke x?
Tapi lebih kepada bagaimana ketua tu bawak team dia…
So that’s why aku katakan leaders are born not made!
Perkh bangga gila aku ngan teori aku tu
(x tau la sama ada sub concius terceduk idea orang!)
Sampai la tiba-tiba aku kena shot down dengan wife aku
"Kalau macam tu, macam mana lelaki tu nak jadi ketua keluarga."
BOOM!
Teori aku x perfect rupanya...
Terus terkubur…
Kemudian berlaku beberapa perkara lately,
yang menyebabkan cerita kepimpinan ni timbul balik..
So redefining theory:
Secara amnya kita semua ketua, memang dah disebut pun manusia ni sebagai khalifah dibumi..
Para suami merupakan ketua keluarga…
Namun untuk kita mengukur kejayaan sesuatu ketua tu berbeza beza..
Base on penerangan asal aku tadi,
bila dua team dapat dua ketua dan kena selesaikan task yang sama...
Kita membezakan dengan ukuran yang sama...
Hakikatnya ukuran kejayaan berbeza-beza...
Sebagai contoh apa yang dianggap kejayaan
oleh satu keluarga ni,
mungkin dianggap satu kegagalan pada keluarga lain...
Pelajaran anak contohnya...
Ada family yang anaknya at least ada phd baru kira berjaya...
Tapi pada sesetengah family dah ada diploma pun cukup handal dah tu…
So kita x boleh bandingkan...
Sebab ukuran kejayaan orang tu berbeza beza..
So kalau melibatkan kepimpinan keluarga maybe dah selesai dah...
Maknanya ada peranan ketua dalam setiap diri kita...
(there is a leader inside of you)
Sama ada peranan kecik atau besar
Cuma apa yang membezakan ialah,
Bagaimana sesetengah orang tu,
dia nampak lebih outstanding dalam leadership?
Itukot?
Base on pengalaman..
Termasuk pemerhatian dan pembacaan..
Macam-macam jenis orang aku tengok
Macam-mcam jenis cara diorang bawak...
Ada yang strict, perfectionist.
Ada micro manage.
Ada yang jenis x kisah macam mana ko buat yang penting kerja selesai.
Ada yang inspire,
memberi semangat kepada anak buah untuk pergi jauh...
Ada yang dictator... semua nak ikut cara dia jer…
Ada yang kata open to suggestions tapi take offend to suggesstions...
Ada yang takut nak marah anak buah...
Terlampau berkrompomi sebab takut di cap boss yang jahat…
So new theory!
(sekali lagi x tau la subconscious ceduk dari mana?)
(teringat jugak cerita band of brothers)
Ok semua ada abilitity untuk memimpin... Sama ada memimpin negara, syarikat, jabatan, keluarga
atau paling kurang diri sendiri..
Cuma ada sesetengah orang,
sememangnya ada lebih sikit kualiti bila bab kepimpinan.
Cuma dalam dalam dunia sekarang ni
ada orang yang dipaksa untuk memimpin dan
ada orang yang sememangnya mintak untuk dijadikan pemimpin.
The wisdom of kepimpinan
Bergantung kepada kreatifnya seseorang itu.
Ditambah dengan ilmu kepimpinan yang dia ada
(melalui pembacaan, pembelajaran teori kursus yg dia pernah attend)
dan
Perlu di sokong dengan pengalaman
(sama ada pemerhatian, ataupun praktikal...)
Ye la, kalau setakat baca teori jer payah...
Sebab kadang kadang benda yang atas kertas x sama dengan realiti..
So macammana kita nak tau orang itu bagus ke x dalam memimpin?
Bagi aku mudah…
Nak tau bagus atau tidak orang tu lead ialah bila dia diuji...
PERIOD!!
Maksudnya time senang, semua berjalan dengan baik.
kalau ada masalah pun yang simple-simple..
Semua orang boleh jadi ketua..
Tapi cabarannya ialah kita krisis berlaku.
Bila keadaan semua x seperti dirancang.
Ditambah dengan isu yang kita x boleh dikawal.
CHAOS!
Masa tu la kita boleh tengok kebolehan pemimpin tu.
Bagaimana kemahiran dia membuat keputusan.
Bagaimana dia nak lead anak buah dia dalam keadaan mencabar.
Bagaimana anak buah dia boleh percaya dengan keputusan dia.
dan yang paling penting
Bagaimana dia ‘Make the right call at the right time’.
Bagaimana dia handle damage control.
In the end
Mungkin dia dapat menyelesaikan krisis tu, atau tidak dapat.
Tapi kita dapat lihat bagaimana anak buah dia respect dia selepas tu.
Bagi aku dekat situ la kita nampak karisma pemimpin tu.
To be that guy. To make important decision!!
Mungkin sebelum ni dia x nak role pemimpin tu, atau x suka.
Tapi bila keadaan memerlukan dia step up!…
So bagi aku, tu la yang defines great leaders! X perlu aku bagi contoh nama nama besar dalam sejarah..
Just look around.
Tengok sekeliling kita..
Kita akan nampak orang macam ni.
Mungkin dia x layak untuk tadbir negara atau jadi ceo syarikat.
Tapi cukup untuk situasi yang dia alami sekarang…
Whoah! Panjang...
Mungkin ada yang setuju.
Mungkin ada yang x setuju...
Mungkin aku pun x dapat buat sebaik mungkin
kalau kalau aku diuji camtu..
but that’s my rant!....