Sunday, November 15, 2009

al-fatihah buat mak....

09/11/09 11.45 a.m
aku ada kat kuala pilah masa tu...sedang bersembang dengan seorang teman melalui fesbuk bila terima satu call,no adik... maser jawab dengar suara orang menangis....ingat mak... dalam hati 'sudah apa hal nyer nie...'bila dah clear baru dapat cam suara adik... dalam esak dia menyatakan yang mak 'dah pergi'....aku tergamam....aku bagitau teman aku,call boss, capai aper yang patut terus gerak dari pilah malam tu jugak....sampai sampai x der aper yang aku boleh buat.... mak dah pergi....

dah seminggu dah...aku x tau nak tulis aper dalam blog nie.... bila baca blog rakan aku, aku rasa post dier menyatakan segala yang aku patut tulis(thanx akhi)...:-
http://abufarhat.wordpress.com/2009/11/10/khutbah-kematian/

aku terima qada' dan qadar Allah....aku tau mati tu hak...aku tau ajal adalah takdir yang kita x boleh elak....

cuma aku terkilan...

terkilan dengan dengan doktor klinik yang x mahu datang kerumah utk rawat mak yang tgh tenat atas alasan x der saper jaga klinik dan macam macam alasan lain lagi... kemudian bila mak 'pergi' dalam perjalanan ke klinik dia, dan bila dia isytiharkan kematian, dia boleh cakap kat ayah "kalau saya pergi tadi samer jer, ajal kita x boleh elak"....

terkilan dengan MA klinik kesihatan yang sepatutnya on call tapi x der bila di call....

i'm not saying if doc tu datang my mom mungkin ada lagi tapi mana tanggungjawab sebagai orang yang mengangkat sumpah sebagai doc... aku raser keadaan mungkin berbeza jika mak dia yang tenat...

oh lupa... rentetan dari tu doc tu pronounce cause of death is sakit tua which is x diterima di balai polis untuk sijil mati sebab umur mak x cukup 60 lagi so x dikira sebagai sakit tua...sebab mak x der amik apa apa insurans koperal tu ambil keputusan meletakkan darah tinggi sebagai COD sebab x dapat contact doctor tadi...kalau x, mak kena post mortem...

tapi itu semua dah berlaku... mak pun dah selamat dikebumikan tanpa sebarang masalah... kenduri pun dah buat ...terima kasih kepada rakan-rakan yang datang semasa pengkebumian, yang menghantar sms, yang call memberi support.... Allah saja yang dapat balas budi korang....aku mohon maaf jika ada yang aku x inform awal awal.... sememangnya aku x terfikir masa tu....akhir sekali al-fatihah buat mak.....