Thursday, December 10, 2020

MY RANT ON EVERYTHING!!!

 It's been SIX YEARS!!!

SIX YEARS GUYS!!!

Macam macam berlaku dalam enam tahun..

owh! kalau aku meracau semua benda berlaku dalam tempoh 6 tahun ni.. 

rasa lagi nam tahun la aku baru publish!!

urghh!! ntah kenapa tergerak nak bukak balik blog ni...

tergerak nak menekan keyboard balik...

(tapi sebenarnya aku tau kenapa)


 sempat jugak aku ngendap-ngendap orang lain punya blog

sama jugak! HAHAHAHAHAA...


KEMBALI PADA BLOG

aku paham.. 

blog ni kemungkinannya dah makin obsolete...

dengan adanya socmed yang trending... 

fb, twitter, instagram, vine, tiktok...

aku pun terjebak (3 yang pertama jer..vine, tiktok bukan kerja aku)

awal awal dulu aku boleh pilih jugak apa benda yang aku boleh letak kat fb, 

dengan apa benda yang aku boleh letak kat blog...

lama lama fb lagi senang nak akses.. 

teragak jer nak tulis something, bukak phone jer...

ko nak menaip karangan berjela utk blog pakai phone... paham paham jer la

so tu salah satu kot.. belum lagi yang lain.. status wasap la, insta la,fleet twitter la.. 

(padahal benda sama jer)

orang lagi rajin menulis kat platform platform tu...

mudah nak menulis, mudah nak membaca

ramai yang baca, ramai yang komen

tapi kalau salah bagi statement, ko siap!

time tu ko akan sedar kelajuan apa makna kelajuan fiber optik !!.

power macammana pun kau sempat delete, surely ada yang lagi power sempat screenshot..

tapi kebiasaannya selaju tu dia datang, selaju tu dia hilang...

bergantung pada ko punya reaction la!!


aku rasa itu salah satu sebab  aku balik kepada platform ni..

aku boleh tulis apa yang aku nak,

cara mana yang aku suka,

gaya bahasa apa yang aku rasa sesuai..

sebab by now aku sure dah x der orang baca..

HAHAHAHAAHHA

macam ada satu penyakit.. ko nak publish apa yang ko tulis.. 

tapi kalau boleh ko x nak orang baca apa yang ko tulis ( define logic!)

so far aku rasa kat sini tempat aku boleh mencarut!!


MERAJUK

antara salah satu sebab aku hilang istiqamah kat blog adalah google tu sendiri!

ke pasal kekhilafan (kebodohan) aku sendiri?

diorang buat google plus konon.. ala ala macam fb..

seperti biasa, sebab x nak dikatakan outdated,

terbukak jugak satu akaun google plus...

tapi aku terperanjat bila akaun tu dah penuh dah gambar-gambar..

sedangkan aku bar jer bukak akaun..

banyak gambar yang familiar..

masa tu menjalar jugak dalam pemikiran aku teori teori konspirasi,

kita punya maklumat semua google dah pegang... gambar yang kita amik semua dah ada

(nasib baik masa tu gambar yang senonoh jer ada)..

tapi aku memang menyampah sebab belum buat apa apa lagi dah ada gambar..

DELETE!!..

semua gambar dalam tu aku delete..

x lah aku tau, atau aku di bagitahu

bahawa dia link kan blog aku dengan google plus tu..

ertikata lain,

bila aku delete gambar tu...

gambar yang aku publish dalam blog semua HILANG!!

cuba Imagine..

gambar gambar dari tahun 2007  yg aku upload tu semua hilang...

aku x simpan lagi dah gambar gambar tu...

kalau aku simpan pun x kan aku nak edit balik setiap post yang aku dah publish tu..

tapi sakit la mata aku bila tengok balik setiap post penuh ngan ikon tanda seruan!!

terus potong mood!!

Ah, aku Merajuk!!

(tapi masih lagi pakai google utk apps store)


KAWAN

so, maybe ada reason kuat  buat aku rujuk balik..

well...

dalam hidup ni kita memang kena ada kawan..

ko define la jenis jenis kawan ko tu

kawan baik, kawan kerja, kawan yang x leh percaya, kawan yang ko nak dia jadi skandal ko..

kawan yang ko boleh cerita apa masalah ko, kawan yang tau ko ada masalah hanya dengan pandang 

muka ko jer..

bottom line.. ko memang perlukan kawan..

cuma aku x paham kadang kadang sesetengah orang ni celik, tapi buta dengan kawan..

ko boleh enjoy buat macam macam benda (especially questionable morals)..

tapi bila jadi hal..

baru ko mencarik kawan 'baik'

owh! how much the burden kawan tu tanggung (secret wise)..

aku x faham logic tu..

macam mana dia berfungsi..

jangan salah faham... aku x judge kawan yang buta ni..

kita ni manusia.. kalau kita yang berpuluh tahun pandai jalan pun, kadang kadang terkeluceh..

inikan bab hati...

dan kawan yang 'baik' tu pun bukan la malaikat pun..

dio ni pun redho jer.

level friendzone version married

parah!!

tapi aku rasa benda ' recipe for disaster'

entahlah..

aku bagi tempoh 6 bulan...


P

aku rasa x perlu nak aku nak cakap pasal hal semasa..

x perlu cerita pasal Politik

x perlu cerita pasal Pandemik

semua tu korang boleh baca sendiri

dan  masing masing ada pandangan sendiri

pandai pandai la nak pikir, 

korang pun bukan budak lagi


SIMPUL

kesimpulan...

kita kena luahkan apa yang terbuku dalam hati kita..

x kisah ..

ko jenis extrovert ke.. introvert ke.. pemalu ke.. pemarah ke..

kena buat..

caranya.. ikut mana yang ko selesa..

dia x der spesifik method..

ini kita bercerita selain dari mendekatkan diri dengan pencipta,,

Dia akan bagi jalan,

ko kena usaha..


CUKUPLAH

aku x boleh qada' benda nam tahun dalam satu malam...

ini pun aku sebenarnya aku mencarik exit untuk ke x puasan hati aku..

owh merepek...

x tau lepas ni ada sambungan ke x 







No comments: