Wednesday, March 24, 2021
Apo niat ko sobonar eh??
Wednesday, December 16, 2020
kiFAraH
lately perkataan ni banyak bermain depan aku..
sama ada dari mulut aku ataupun dari mulut orang lain..
perkara ini selalu disinonimkan dengan karma..
hakikatnya... x sama..
"what you give, you get back!!"
itu adalah basic bagi karma...
karma percaya seitap perbuatan kita akan dapat balasan..
buat baik kita dapat balasan baik..
buat onar dapat onar la...
namun dalam islam kifarah hanya kepada perbuatan dosa..
dan balasan itu kita terima ketika kita masih hidup..
sebab tu kadang kadang contohnya demam
orang akan cakap "mungkin kifarah la tu atas dosa yang kita buat"
itu definisi secara kasar dia,,
faham konsep tu kan...
walaupun ada yang keliru dengan konsep karma dan kifarah,
tapi semuanya paham konsep semua yang kita buat ada balasannya...
jadi aku x perlu sentuh pasal tu..
cuma kadang kadang, kita suka bercerita tentang kifarah
tapi kita x nampak kifarah tu..
apa yang kita nampak kifarah orang (tafsiran kita)..
maksud aku,
perkara atau 'event' yang berlaku disekeliling kita..
dengan mudah di tafsirkan dengan kifarah
contoh keluarga orang ni x sihat,
owh itu mungkin kifarah sebab dia x pernah jaga hati orang
atau, duit orang ni hilang/ tercicir
kifarah sebab dia x bayar zakat..
cuma kita ni kadang kadang
dengan perkara perkara yang berlaku dikeliling kita,
walaupun dengan bijaknya kita menafsirkan sesuatu perkara itu
adalah kifarah..
kita buta pada diri kita
bagi aku, kifarah ni perlu hadir dengan muhasabah..
ye muhasabah..
bukan sahaja pada individu yang kita kata kena kifarah,
tapi pada kita sendiri yang menafsirkan kifarah tu sendiri
kalau x.. kifarah tu hanya kata kata la..
tanpa mengingatkan diri kita yang..
sebagaimana orang tu mendapat balasan atas kesalahan dia,
kita pun x terlepas jugak..
biarlah kita selalu zikirkan kifarah tu..
bagi aku kifarah yang kita kata orang tu terima,
dia adalah ujian bagi kita untuk lihat life dari sudut yang berbeza
macam mana respond kita, reaksi kita..
adakah kita reflect kifarah orang yang kita tafsir tu dalam kehidupan kita
or at least menjadikan ia pengajaran pada kita..
atau sekadar "maybe kifarah kat dia la"
atau lebih teruk mentafsirkan kifarah
sebagai justifikasi untuk perbuatan kita sendiri..
"dia pernah curik duit aku masa belajar dulu,,
so aku curik duit dia ni kira kifarah pada dia la"
(ada contoh yg lebih teruk, tapi ... x per lah)
so kita plak umpama penentu kifarah pada orang lain..
siapa kita?
kesimpulan
dalam kita heboh bercerita tentang kifarah orang..
ada baiknya kita pikir apa perkara yang kita tau benda tu salah,
tapi kita masih buat seolah olah x der pembalasan untuk kita didunia ni
mahupun diakhirat....
entahlah....
Thursday, December 10, 2020
MY RANT ON EVERYTHING!!!
It's been SIX YEARS!!!
SIX YEARS GUYS!!!
Macam macam berlaku dalam enam tahun..
owh! kalau aku meracau semua benda berlaku dalam tempoh 6 tahun ni..
rasa lagi nam tahun la aku baru publish!!
urghh!! ntah kenapa tergerak nak bukak balik blog ni...
tergerak nak menekan keyboard balik...
(tapi sebenarnya aku tau kenapa)
sempat jugak aku ngendap-ngendap orang lain punya blog
sama jugak! HAHAHAHAHAA...
KEMBALI PADA BLOG
aku paham..
blog ni kemungkinannya dah makin obsolete...
dengan adanya socmed yang trending...
fb, twitter, instagram, vine, tiktok...
aku pun terjebak (3 yang pertama jer..vine, tiktok bukan kerja aku)
awal awal dulu aku boleh pilih jugak apa benda yang aku boleh letak kat fb,
dengan apa benda yang aku boleh letak kat blog...
lama lama fb lagi senang nak akses..
teragak jer nak tulis something, bukak phone jer...
ko nak menaip karangan berjela utk blog pakai phone... paham paham jer la
so tu salah satu kot.. belum lagi yang lain.. status wasap la, insta la,fleet twitter la..
(padahal benda sama jer)
orang lagi rajin menulis kat platform platform tu...
mudah nak menulis, mudah nak membaca
ramai yang baca, ramai yang komen
tapi kalau salah bagi statement, ko siap!
time tu ko akan sedar kelajuan apa makna kelajuan fiber optik !!.
power macammana pun kau sempat delete, surely ada yang lagi power sempat screenshot..
tapi kebiasaannya selaju tu dia datang, selaju tu dia hilang...
bergantung pada ko punya reaction la!!
aku rasa itu salah satu sebab aku balik kepada platform ni..
aku boleh tulis apa yang aku nak,
cara mana yang aku suka,
gaya bahasa apa yang aku rasa sesuai..
sebab by now aku sure dah x der orang baca..
HAHAHAHAAHHA
macam ada satu penyakit.. ko nak publish apa yang ko tulis..
tapi kalau boleh ko x nak orang baca apa yang ko tulis ( define logic!)
so far aku rasa kat sini tempat aku boleh mencarut!!
MERAJUK
antara salah satu sebab aku hilang istiqamah kat blog adalah google tu sendiri!
ke pasal kekhilafan (kebodohan) aku sendiri?
diorang buat google plus konon.. ala ala macam fb..
seperti biasa, sebab x nak dikatakan outdated,
terbukak jugak satu akaun google plus...
tapi aku terperanjat bila akaun tu dah penuh dah gambar-gambar..
sedangkan aku bar jer bukak akaun..
banyak gambar yang familiar..
masa tu menjalar jugak dalam pemikiran aku teori teori konspirasi,
kita punya maklumat semua google dah pegang... gambar yang kita amik semua dah ada
(nasib baik masa tu gambar yang senonoh jer ada)..
tapi aku memang menyampah sebab belum buat apa apa lagi dah ada gambar..
DELETE!!..
semua gambar dalam tu aku delete..
x lah aku tau, atau aku di bagitahu
bahawa dia link kan blog aku dengan google plus tu..
ertikata lain,
bila aku delete gambar tu...
gambar yang aku publish dalam blog semua HILANG!!
cuba Imagine..
gambar gambar dari tahun 2007 yg aku upload tu semua hilang...
aku x simpan lagi dah gambar gambar tu...
kalau aku simpan pun x kan aku nak edit balik setiap post yang aku dah publish tu..
tapi sakit la mata aku bila tengok balik setiap post penuh ngan ikon tanda seruan!!
terus potong mood!!
Ah, aku Merajuk!!
(tapi masih lagi pakai google utk apps store)
KAWAN
so, maybe ada reason kuat buat aku rujuk balik..
well...
dalam hidup ni kita memang kena ada kawan..
ko define la jenis jenis kawan ko tu
kawan baik, kawan kerja, kawan yang x leh percaya, kawan yang ko nak dia jadi skandal ko..
kawan yang ko boleh cerita apa masalah ko, kawan yang tau ko ada masalah hanya dengan pandang
muka ko jer..
bottom line.. ko memang perlukan kawan..
cuma aku x paham kadang kadang sesetengah orang ni celik, tapi buta dengan kawan..
ko boleh enjoy buat macam macam benda (especially questionable morals)..
tapi bila jadi hal..
baru ko mencarik kawan 'baik'
owh! how much the burden kawan tu tanggung (secret wise)..
aku x faham logic tu..
macam mana dia berfungsi..
jangan salah faham... aku x judge kawan yang buta ni..
kita ni manusia.. kalau kita yang berpuluh tahun pandai jalan pun, kadang kadang terkeluceh..
inikan bab hati...
dan kawan yang 'baik' tu pun bukan la malaikat pun..
dio ni pun redho jer.
level friendzone version married
parah!!
tapi aku rasa benda ' recipe for disaster'
entahlah..
aku bagi tempoh 6 bulan...
P
aku rasa x perlu nak aku nak cakap pasal hal semasa..
x perlu cerita pasal Politik
x perlu cerita pasal Pandemik
semua tu korang boleh baca sendiri
dan masing masing ada pandangan sendiri
pandai pandai la nak pikir,
korang pun bukan budak lagi
SIMPUL
kesimpulan...
kita kena luahkan apa yang terbuku dalam hati kita..
x kisah ..
ko jenis extrovert ke.. introvert ke.. pemalu ke.. pemarah ke..
kena buat..
caranya.. ikut mana yang ko selesa..
dia x der spesifik method..
ini kita bercerita selain dari mendekatkan diri dengan pencipta,,
Dia akan bagi jalan,
ko kena usaha..
CUKUPLAH
aku x boleh qada' benda nam tahun dalam satu malam...
ini pun aku sebenarnya aku mencarik exit untuk ke x puasan hati aku..
owh merepek...
x tau lepas ni ada sambungan ke x
Thursday, January 30, 2014
its going to be a very long year...
It is going to be a lousy year...
And a long one lak tu..
Hahaha bila terbaca balik
Entry aku yang dulu...
Macam aku dah prepare
Untuk apa yang jadi tahun nie...
X per lah bukan namanya hamba Allah
Jika x diuji...
Dan kalau kita rasa kita susah...
Ada yang lebih susah lagi...
Jadi syukurla dengan apa yang ada...
Huh! Its going to be a very long year..
Monday, February 18, 2013
sYUkUR...
Friday, November 23, 2012
rAcAu pAGi BuTa!!!
mUNGkIn sEBab daH tERLeBiH dI fB...
hehEH...
lATeLy baNYaK isU yaNG heBaT beRlaKU....
iSU stATeMeNT meNGhIna iSLaM laA....
sTateMenT paSAl iSLaM la....
tApI IsU pALeSTiNE yaNG pALIng haNGaT...
seKaLi laGI sERaNGaN diLaNcARKAn ke bUMi paLEsTIN..
KaTanYa unTuK meMPeRTaHanKan dirI...
taPI mUNgKIN sENJaTa mOdeN yaNG dIMILIkI...
aDA 'maLFuNcTiON' DaRi seGI 'aImiNG'
keNaPa raMaI kANaK kaNaK daN wANIta YanG tERKORbaN?
kE diOraNG mEMaNG aNGGaP KaNaK kaNak ItU
mENGaNCaM daSAR keSELAMaTan neGaRA dIORANG...
rENTeTAN daRI itU bErIBU gaMBAr dI uPLoaDKaN DALam fb...
keSEMUaNYa gaMBr YanG meNYaYaT HatI...
mENImbULKaN fENOmena YanG x pERNaH beRLaKU sEBeLUM iNI...
sEMUa maRAH!
yaNG X seMayanG maRAH!
YanG kAKI mInuM maRAH!
yANG KaKi beRPOYa maRAH!
aPaTaH LAgI KakI suRAU!
aSAL naMANya ISLAM
MeMaNG beTuL...
KalaU naK KaLahKaN OranG IsLam bUkaN deNGaN pEDAnG...
tapI denGaN keLEkaaN...
hAKIkaTNYa ItU yaNG beRLaKU...
bILa KIta TGk aPa YaNg bERLaKU dI paLeSTiNE...
baRULaH hEBOH NaK bOIkOT iTU daN InI...
DAN tANpa kITa sEDArI kITa teLaH dI KaWaL oLEH meREKa...
aPa beNDa YanG TIdAK diKaWaL oleH amerIKA DAN seKUtUnya itU...
darI mINYaK hINGGaLaH UbaT UbaTan....
kITa teLah teLaMPaU beRGaNTung...
daN aPalaH MaKNaNya sETaKaT meMULaUKaN baDUT kUNiNG mERaH iTU..
jaNgaN sALaH faHam... bOIKoT iTU peRLu...
waLAuPUN tIDaK meMBerI iMPaK beSaR tAPi ia pERlU...
pERLu sEBAGaI mESeJ... hArI NI aKU x MakaN bURGer kaU...
tUNgGULaH esOK eMaS KaU pUN aKU X paNDaNG...
cUma... iA peRLukan isTIqamaH...
jANgaN seKaraNG heBoH X Makan..
lOpeH 2-3 bUlaN eLOk yO mASUK dRIve tHrU...
INI yaNG bERLaKU seJAK sERaNgaN 2009 dULu...
aKU la tU... owH hIPOkrIt!
hEheH aKU puN keNa juGaK beRUbaH...
meLIhaT nYawa YanG tERKOrBaN kITa seDiH...
tApI kIta bERSYUkUR yaNG neGaRA kIta maN...
tapI aDA seOraNG raKaN teLaH beRjaYa...
meMesONGkaN sUdUt paNDanG aKU teNTaNG paleSTine...
beTuL kIta amaN dIisinI...
x peRLu taKuT peLUrU YaNG beRSeLIraT...
bOm yAnG bERaNGkaI,,,
naMuN DIsana...
seTIaP nYAWa paLESTine YaNG gUgUr...
diANGGaP sYAHId....
jIKa sEOraNG baPa X seMPaT meMbaWA anaK nYa beRJaLAN...
keLaK dia meMBaWA aNaKNYa bERJaLAN dI taMaN sYUrGa....
OWH! meREKaLaH YaNG LEBIH bERUNTUNG DArI KITA...
sIapaLaH kitA inI ... kaDaNg kaDanG haL haL aSaS PUN KiTa leKa...
huH! daH meREpeK paNJang nie...
kePAda raKYaT palestiNe....
saUDaraKu, anDa tIDaK kesORANgaN...
dOa kaMI seNtiaSA bERsaMa mU...
daLam hIDuP maHUpuN sYaHId...
kePada reJIM peNggaNas bERLESen...
iNGaTKaH aNDa paDA kHaIbaR?
kePada umaT isLaM sELUrUHNya...
kITa MuNGkIn X maMPU meNGaNGKaT seNJAta uNtUK keSaNa...
haRTa kITa muNGkIN tIdaK maMPu uNTUk dI deseDaHKaN...
naMUN beRdoaLaH unTuK meREka...
sESUNGGuHNya doa itU sENJaTa kiTa!!
Sunday, July 3, 2011
jAHiL....
baNyaK pERKaRa YaNG kIta jaHIl....
tAPI kITA dI TuNtuT uNTUk beLaJaR...
sUpaYA kItA KuRaNG jaHIL....
sUPAYA kIta aDA iLmU...
sUPAYa kItA X keNA keLeNTong deK keJaHILaN KiTA....
sUPaYa orANG X leH NaK KLePeT kItA...
tAPI kaDaNG kADanG bILa kIta JaHIl PaDA sESUaTU peRKAra
yaNG sePATUTNya kIta beRTaNGGuNGjaWAB untUK TaHU....
seHiNGga meNYUsaHKaN orANG lAIN....
ItU keJaHILaN yANG DI seNGAJAkan...
yaNG x bOleH dI mAaFKaN...
jaHiL laKNaT...
aPakaH gaJI kaU dIbaYAR sEPaDAN deNGAN keJAHILaN kaU?
(oWH!! rUpANyA aKU masIH X pUaS hatI lAGI RUpaNYa)
daN aKU aKuI aKU meManG JaHIl....