Wednesday, December 16, 2020

kiFAraH

 lately perkataan ni banyak bermain depan aku..

sama ada dari mulut aku ataupun dari mulut orang lain..

perkara ini selalu disinonimkan dengan karma..

hakikatnya... x sama..


"what you give, you get back!!"

itu adalah basic bagi karma...

karma percaya seitap perbuatan kita akan dapat balasan..

buat baik kita dapat balasan baik..

buat onar dapat onar la...


namun dalam islam kifarah hanya kepada perbuatan dosa..

dan balasan itu kita terima ketika kita masih hidup..

sebab tu kadang kadang contohnya demam

orang akan cakap "mungkin kifarah la tu atas dosa yang kita buat"


itu definisi secara kasar dia,,

faham konsep tu kan...


 walaupun ada yang keliru dengan konsep karma dan kifarah,

tapi semuanya paham konsep semua  yang kita buat ada balasannya...

jadi aku x perlu sentuh pasal tu..


cuma kadang kadang, kita suka bercerita tentang kifarah

tapi kita x nampak kifarah tu..

apa yang kita nampak kifarah orang (tafsiran kita)..


maksud aku,

perkara atau 'event' yang berlaku disekeliling kita..

dengan mudah di tafsirkan dengan kifarah

contoh keluarga orang ni x sihat, 

owh itu mungkin kifarah sebab dia x pernah jaga hati orang

atau, duit orang ni hilang/ tercicir

kifarah sebab dia x bayar zakat..


cuma kita ni kadang kadang

dengan perkara perkara yang berlaku dikeliling kita,

walaupun dengan bijaknya kita menafsirkan sesuatu perkara itu

adalah kifarah..

kita buta pada diri kita


bagi aku, kifarah ni perlu hadir dengan muhasabah..

ye muhasabah..

bukan sahaja pada individu yang kita kata kena kifarah,

tapi pada kita sendiri yang menafsirkan kifarah tu sendiri


kalau x.. kifarah tu hanya kata kata la..

tanpa mengingatkan diri kita yang..

sebagaimana orang tu mendapat balasan atas kesalahan dia,

 kita pun x terlepas jugak..

biarlah kita selalu zikirkan kifarah tu..


bagi aku kifarah yang kita kata orang tu terima,

dia adalah ujian bagi kita untuk lihat life dari sudut yang berbeza

macam mana respond kita, reaksi kita..

adakah kita reflect kifarah orang yang kita tafsir tu dalam kehidupan kita

or at least menjadikan ia pengajaran pada kita..

atau sekadar "maybe kifarah kat dia la"

atau  lebih teruk mentafsirkan kifarah

sebagai justifikasi untuk perbuatan kita sendiri..

"dia pernah curik duit aku masa belajar dulu,, 

  so aku curik duit dia ni kira kifarah pada dia la"

(ada contoh yg lebih teruk, tapi ... x per lah)

so kita plak umpama penentu kifarah pada orang lain..

siapa kita?


kesimpulan

dalam kita heboh bercerita tentang kifarah orang..

ada baiknya kita pikir apa perkara yang kita tau benda tu salah,

tapi kita masih buat seolah olah x der pembalasan untuk kita didunia ni

mahupun diakhirat....


entahlah....




No comments: